Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini
wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan
jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang
diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan
tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa
suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk
membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan
untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau
berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang
lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik
dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak
bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat
perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap
sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut
nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja
dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome
sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan
menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk
ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk
membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka
dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan
menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi
dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak
menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
~~i luv islam
Monday, 23 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment