Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
Rasulullah s.a.w bersabda , " sesungguhnya aku akan menulis umtuk kamu sepucuk surat dengan wasiat bagi orang-orang setelahku dari kalangan pemimpin islam."
Kemudian Rasulullah s.a.w menulis surat itu dan diserahkan kepada Abdul Rahman bin al Harits at Tamimi. Rasullulah s.a.w berkata kepada Abdul Rahman, " apabila engkau telah selesai solat subuh maka bacalah :
Allahumma Ajirni Minan-naar
yang bermaksud : "Wahai Allah, selamatkanlah aku dari api neraka."
sebanyak 7 kali sebelum kamu berbicara dengan sesiapa pun. Seekiranya engkau mati pada hari itu, Allah akan menentukan untukmu keselamatan dari api neraka. Ketika engkau selesai solat maghrib bacalah juga doa diatas sebanyak 7 kali sebelum engkau berbicara dengan sesiapa pun. Jika engkau mati pada malam itu, Allah akan menentukan keselamatanmu dari api neraka."
Sumber : Kitab Hayatus Shahabah Jilid 1
No comments:
Post a Comment